Pages

Wednesday, 22 June 2011

LYNAS Bahayakan Rakyat.

LYNAS: lynas akan membuka kilang nuklear di gebeng, kuantan, Pahang

sudah tentu kesan daripada nuklear itu akan memudaratkan seluruh makhluk yang ada terutama manusia terutama rakyat sekeliling dan berdekatan dengan Gebeng, kuantan.

jadi, kita di kerah untuk turun menunjuk perasaan bagi membantah pembukaan kilang tersebut dan kita akan dengar sendiri luahan hati rakyat di Kuantan, Pahang itu. 

24-26 jun 2011, seluruh mahasiswa di Malaysia terutama Solidariti mahasiswa malaysia(SMM),DEMA,MPMN,PRO-M,KARISMA,PKPIM,GMI dan sebagainya akan turun untuk membuktikan Mahasiswa juga membantahnya

Penduduk setempat terutama Pemuda Gebeng akan menjadi tuan rumah dalam program ini. Mereka akan menyediakan penginapan dan makanan untuk Mahasiswa yang terlibat.

jadi, jika mahu sertai sila hubung Pemimpin GMI.

"Mahasiswa untuk Malaysia".

oleh: gmi4kuin.blogspot.com

Isu 6 Mahasiswa KUIN : PMRAM Bersimpati


Isu mahasiswa yang membabitkan 6 mahasiswa KUIN yang dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pentadbiran mendapat tumpuan pihak PMRAM di Mesir. PMRAM melahirkan rasa simpati ke atas apa yang berlaku kepada 6 mahasiswa tersebut iaituSaudara Mohd Faiz Arshad, Saudara Mohd Aiman Ab RAzab, Saudara Ahmad Remy Md Arof, Saudara Mohd Farhan Baharin, Saudara Zukhilatif Marzukhi dan Saudara Mohd Azlan Mat Zain.
 

Bagi PMRAM tindakan yang dikenakan adalah berat bahkan agak melulu sebelum dibicarakan dengan lebih telus dan memberikan ruang yang secukupnya kepada 6 mahasiswa terbabit membela diri. Tindakan menggantung semester secara tidak langsung akan memberikan implikasi yang besar terhadap akademik mahasiswa tersebut.
Pihak pentadbiran sewajarnya melalui prosedur yang terbaik dalam menjatuhkan sesuatu tindakan tatatertib ke atas mahasiswa. Apa yang penting ialah pengajaran bukan sehingga menyebabkan kemudharatan. Sebab itu, PMRAM melihat keputusan tindakan tersebut agar dikaji semula dan dibincangkan secara serius dan teliti.

Sehubungan itu juga, isu ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej KUIN di peringkat Malaysia. Justeru, PMRAM menyarankan agar pihak kerajaan negeri perlu pendekatan yang baik berhubung penyelesaian antara pihak pentadbiran dan mahasiswa yang terlibat.

Bahkan, PMRAM berpendirian hak mahasiswa dalam menyuarakan dalam apa jua isu tidak patut disekat apatah lagi dikenakan tindakan. Hal ini kerana suara mahasiswa adalah suara yang didengari oleh masyarakat dan ia merupakan tempoh matang dalam menjadi pimpinan kelak. Sekiranya setiap kali isu berhubung mahasiswa mahu menyatakan suara mereka ini disekat, ia akan membantut proses kematangan yang mana mahasiswa kini merupakan pemimpin masa depan.

Syeikh Mujahid bin Sikh Nawawi
Naib Presiden III,
Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

Perjumpaan Bersama Pemimpin GMI

Assalamu'alaikum,
salam sejahtera kami ucapkan kepada seluruh mahasiswa yang berada di Malaysia ini. Kami GMI berasa berbesar hati untuk bertemu anda semua sama ada ahli GMI atau penyokong GMI. Kesempatan ini juga, GMI mengalu-alukan kehadiran anda ke pertemuan kita ini nanti di sekitar kuala lumpur. seperti berikut:-

tarikh: 09 julai 2011
masa: 2.00pm-5.00pm
tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

jadi, kita akan bertemu disana. moga berpakaian KUNING.
hubungi lanjut ke Facebook/gmi4kuin.

MK: Mahasiswa, AUKU dan PRU13


Beberapa ketika dahulu dunia aktivisme kemahasiswaan diberi nafas kembali apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mencadangkan agar mahasiswa kembali diberi ruang melibatkan diri dalam politik.

Beliau berkata, masanya telah tiba bagi kita mengkaji semula kedudukan sekarang dan berfikir secara serius bagi membenarkan pelajar universiti menjadi ahli parti politik.

Namun percanggahan cadangan ini dengan peraturan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti menjadikan mahasiswa terus pesimis dengan cadangan-cadangan selepas daripada itu yang dikeluarkan oleh Menteri berkenaan.
Tambahan pula dengan lontaran idea yang hanya dibiar sepi oleh pihak Kementerian selepas ianya diperbincangkan oleh semua pihak, akhirnya cadangan ini senyap begitu sahaja.

Dalam hal ini, terdapat dua persoalan penting yang harus kita rungkaikan. Pertama, bagaimana ruang lingkup berpolitik yang perlu difahami oleh mahasiswa? 

Perkara asas yang perlu difahami oleh mahasiswa ialah mahasiswa adalah suatu entiti di dalam masyarakat yang pada hakikatnya mempunyai kewarganegaraan yang sah seperti rakyat Malaysia yang lain.
Lalu, di atas asas ini kita memahami bahawa mahasiswa juga adalah rakyat di mana hak sivil seperti bersuara, mengemukakan pendapat, memberi cadangan dan lain-lain adalah dijamin oleh perlembagaan. Hak ini diiktiraf oleh perlembagaan Malaysia serta tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Sebagai kelompok intelektual dalam masyarakat, aksi berpolitik mahasiswa tidaklah sama seperti masyarakat biasa.

Kelebihan daya intelektual ini memberikan mahasiswa keupayaan untuk melihat negara dengan pandang sisi yang tersendiri. Idea kelompok mahasiswa adalah 'genuine' atau asli yang menjadikan mahasiswa tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pengaruh politik kepartian.
Oleh sebab itu, prinsip 'non partisan' menjadi teras penglibatan mahasiswa dalam politik tanah air.

Selain itu, mahasiswa juga dikelompokkan di dalam kelompok masyarakat sivil. Di dalam sesebuah negara yang mengimpikan keadaan politik yang stabil, masyarakat sivil berfungsi menjadi agen semak imbang kepada negara.

Mahasiswa bebas memberi cadangan dan mengkritik secara konstruktif berbekalkan nilai-nilai akademik yang digariskan. Salah faham sesetengah pihak di dalam hal ini ialah, apabila mahasiswa mengkritik maka mereka dilabel 'anti-establishment' dan dianggap mahu menjatuhkan kerajaan.
Oleh itu, aksi-aksi politik mahasiswa harus ditanggapi dengan cermat, jangan sampai seluruh anak muda protes terhadap politik negara.

Persoalan kedua, apakah AUKU itu sendiri menjadi 'root cause' atau masalah pokok yang mengekang aktivisme mahasiswa di dalam politik?

Jawapannya adalah ya.

AUKU itu sendiri dicipta atas tujuan yang tidak baik atau disebut sebagai 'mala fide'. Penggubalan AUKU adalah bertujuan bagi menyekat maraan gerakan mahasiswa bertitik tolak daripada beberapa peristiwa.

Antaranya, seperti pengisytiharan manifesto oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di dalam Pilihanraya Umum ke-4 sehingga tercetusnya Persitiwa 13 Mei 1969, demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pd 29 Ogos 1969 serta demontrasi “Papan Tanda” 5 Okt. 1970 iaitu pertembungan PMUM (sosialis) & PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu Bahasa Melayu dan Pendidikan.

Pembaca jangan terlalu terkejut dengan dakwaan saya ini.
Baru-baru ini saya melihat gambar di dalam laman sosial Facebook Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya, di dalam slaid pembentangan oleh bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) menggariskan poin bahawa AUKU berjaya mengekang kegiatan pelajar yang bertentangan dengan dasar universiti dan kerajaan.
Beliau dalam slaid tersebut juga berpendapat gerakan pelajar ini tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi menggugat keselamatan serta menjatuhkan kerajaan.

Mahasiswa, AUKU dan PRU13

Saya menulis artikel ini dengan niat untuk melihat kembali sejauhmana kebebasan pergerakan mahasiswa diberi perhatian. Saya mencadangkan idea membenarkan partisipasi mahasiswa dalam politik dinilai segera oleh kerajaan dan semua pihak terutamanya menjelang Pilihanraya Umum ke-13.
Ini juga sebagai langkah awal bagi memastikan tiada lagi mahasiswa yang didakwa, ditangkap dan dibicarakan atas nama AUKU apabila melibatkan diri dalam politik negara.


Penulis adalah Yang Di-Pertua MPMUM
Mohd Syahid Mohd Zaini
Jun 22, 11

9:52am