Pages

Sunday, 29 May 2011

Rayuan 6 Mahasiswa KUIN




May 30, 2011, 6 mahasiswa KUIN yang telah dikenakan hukuman tatatertib akan bertindak menghantar surat rayuan kepada ketua panel tatatertib hari ini. Mohd Faiz Arshad selaku Presiden Mahasiswa yang juga dikenakan hukuman tatatertib itu mengulas kenapa mereka perlu untuk berbuat demikian. Katanya " kami akan bertindak untuk membuat rayuan bantahan terhadap kes ini kerana melihat perlu untuk mengikut prosedur hukuman tatatertib selanjutnya. Disini kami ingin menyatakan kami bersedia dengan segala jawapan daripada panel tatatertib melalui prosedur rayuan dibuat dan besedia untuk dibawa ke mahkamah sekiranya kes ini tidak diselesaikan dengan baik" . Menurutnya, hukuman tatatertib kepada 6 mahasiswa KUIN yang di tuduh terbabit dalam pertuduhan salah laku pelajar itu sebenarnya tidak adil dan mereka tidak diberikan hak pembelaan sepenuhnya keatas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.

Walaubagaimanapun Mohd Faiz selaku Presiden Mahasiswa KUIN mengucapkan jutaan terima kasih kepada MB Kedah iaitu Ustaz Azizan dalam keterbukaan bagi menyelesaikan kes ini."Jutaan terima kasih kepada MB kedah diatas nasihat & laluan rayuan yang diberikan kepada 6 OKT dalam sidang media tempoh hari. segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat kami hargai." katanya semalam.

" kami mengharapkan pihak berwajib terhadap isu ini perlu lebih terbuka dalam menangani masalah yang berlaku dan bukan hanya tunduk dan tidak mengambil peduli kepada masalah yang lebih besar dalam KUIN". Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk berdemostrasi sekali lagi sekiranya masalah dalaman KUIN tidak diselesaikan secara baik walaupun telah melalui prosedur perbincangan dengan pihak pentadbiran. Beliau menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mana menyatakan demostrasi yang berlaku sebelum ini tidak dibawa perbincangan terlebih dahulu dengan pihak pentadbiran. " demostrasi berlaku sebenarnya adalah natijah daripada perbincangan sebelumnya" katanya. Beliau mengharapkan agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan hukuman kepada 6 mahasiswa terbabit digugurkan dan ditarik balik.


Berita MPM KUIN
.

Wednesday, 25 May 2011

Matilah demokrasi Mahasiswa KUIN.

Sesudah pergantungan 6 mahasiswa tersebut, pihak KUIN terutama dato' wira (rektor KUIN) dan pengerusi KUIN merasakan tiada lagi pengkritik di KUIN. Mereka merasakan aman dan bahagia kerana si Pengkritik tersebut sudah hilang. Maka, mereka boleh menjalankan kerja salah mereka, projek bermacam-macam, dan terus lupakan masalah mahasiswa.

Pengerusi KUIN dan Rektor KUIN boleh merasa bebas sekarang tetapi JANGAN TERLALU SELESA kerana 1000 mahasiswa sedang tunggu untuk jadi seperti 6 mahasiswa tersebut. Jangan SERONOK tau REKTOR dan PENGERUSI KUIN.

KRONOLOGI ISU TAHFIZ KUIN


Bentuk Daun: lambang mahasiswa sebagai anak muda yg segar dgn idea dan semangat baru.
Bendera Malaysia: semangat mahasiswa Malaysia untuk berganding bahu membina negara.
Nombor 2: simbolik Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional untuk kali kedua.


11.1.2011
  • Himpunan Mega di KUIN
  • Seramai 3,000 Mahasiswa
  • tujuan: menyuarakan masalah Kampus dan Kolej kediaman.
  • satu memorandum serah kepada Rektor KUIN. Dato' Wira Jamil bin Osman 
01.04.2011
  • Demonstrasi didepan kediaman Ar-Razi.
  • Pelajar Kuliyyah Tahfiz KUIN, MPM, staff, pensyarah, dan jawatan kuasa Masjid berhampiran.
  • Tidak puas hati kewujudan Sekolah Insan Bestari di Kediaman Ar-Razi.
03.04.2011
  • Timb. Dekan Kuliyyah Tahfiz dilucutkan jawatannya.
  • kerana sertai demonstrasi pada 01.04.2011.
  • Mesyuarat barisan pengurusan tertinggi KUIN.
  • Laporan dibuat oleh Dr. Azharuddin Sahil(dekan kuliah tahfiz) dan Pn. Kamaliah(PA. rektor)
  • tetapi laporan ini diputar belit.
  • Salah faham berlaku kerana laporan diserahkan kepada MB Kedah oleh Rektor.
04.04.2011

      Kenyataan media oleh MB Kedah berkenaan surat ugutan daripda Pensyarah kuliyyah tahfiz.
      Sumber surat ugutan daripada Rektor KUIN pada 04.04.2011

05.04.2011

ü  Dekan Kuliah Tahfiz mengeluarkan surat rasmi kepada MB Kedah dan staff Kuliah Tahfiz KUIN 
ü  untuk memohon maaf keatas pemalsuan fakta yang dikeluarkan dalam media sinar 06.04.2011. 
ü  3 Mahasiswa MajlisPerwakilanMahasiswa KUIN memohon MB Kedah untuk turun padang ke Kampus KUIN 
ü  Supaya tidak berlaku masalah seperti pemalsuan fakta, “nasi tambah” dari orang tengah. 

04.05.2011

v  Jabatan Hal Ehwal Pelajar kecam 6 Mahasiswa dan akan menerima tindakan.

18.05.2011

> Sekumpulan Mahasiswa dari KUIN atau GMI menghantar memorandum kepada Pej PAS dan Pej PKR bagi membantu aktivis mahasiswa.
> Seramai 30 mahasiswa yang hadir memberi sokongan yang terdiri daripada SMM,MPMN,GMI, dan sebagainya.
> Penyerahan memorandum ini, diterima dengan baik oleh pihak PAS dan PKR.

25.05.2011

* 6 Mahasiswa dibawa ke Mahkamah Insaniah.
* 6 Mahasiswa dikenakan tindakan tatatertib.