May 30, 2011, 6 mahasiswa KUIN yang telah dikenakan hukuman tatatertib akan bertindak menghantar surat rayuan kepada ketua panel tatatertib hari ini. Mohd Faiz Arshad selaku Presiden Mahasiswa yang juga dikenakan hukuman tatatertib itu mengulas kenapa mereka perlu untuk berbuat demikian. Katanya " kami akan bertindak untuk membuat rayuan bantahan terhadap kes ini kerana melihat perlu untuk mengikut prosedur hukuman tatatertib selanjutnya. Disini kami ingin menyatakan kami bersedia dengan segala jawapan daripada panel tatatertib melalui prosedur rayuan dibuat dan besedia untuk dibawa ke mahkamah sekiranya kes ini tidak diselesaikan dengan baik" . Menurutnya, hukuman tatatertib kepada 6 mahasiswa KUIN yang di tuduh terbabit dalam pertuduhan salah laku pelajar itu sebenarnya tidak adil dan mereka tidak diberikan hak pembelaan sepenuhnya keatas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.
Walaubagaimanapun Mohd Faiz selaku Presiden Mahasiswa KUIN mengucapkan jutaan terima kasih kepada MB Kedah iaitu Ustaz Azizan dalam keterbukaan bagi menyelesaikan kes ini."Jutaan terima kasih kepada MB kedah diatas nasihat & laluan rayuan yang diberikan kepada 6 OKT dalam sidang media tempoh hari. segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat kami hargai." katanya semalam.
" kami mengharapkan pihak berwajib terhadap isu ini perlu lebih terbuka dalam menangani masalah yang berlaku dan bukan hanya tunduk dan tidak mengambil peduli kepada masalah yang lebih besar dalam KUIN". Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk berdemostrasi sekali lagi sekiranya masalah dalaman KUIN tidak diselesaikan secara baik walaupun telah melalui prosedur perbincangan dengan pihak pentadbiran. Beliau menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mana menyatakan demostrasi yang berlaku sebelum ini tidak dibawa perbincangan terlebih dahulu dengan pihak pentadbiran. " demostrasi berlaku sebenarnya adalah natijah daripada perbincangan sebelumnya" katanya. Beliau mengharapkan agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan hukuman kepada 6 mahasiswa terbabit digugurkan dan ditarik balik.
Berita MPM KUIN
.

No comments:
Post a Comment